Hari Malaysia: Jemaah Menteri seru rakyat kekal bersatu, hargai kepelbagaian
Barisan Jemaah Menteri menyeru rakyat agar terus memelihara perpaduan, saling menghormati serta menghargai kepelbagaian sebagai asas kekuatan negara, di samping memastikan kemajuan dan kesejahteraan dinikmati bersama, sempena sambutan Hari Malaysia 2026.
Perubahan Iklim: Malaysia Perlukan US$1.1 Trilion Menjelang 2050
Malaysia dijangka memerlukan antara US$852 bilion hingga US$1.1 trilion bagi membiayai usaha penyesuaian terhadap perubahan iklim menjelang 2050, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Fahmi ingatkan generasi muda: Jangan rosakkan amanah, jauhi rasuah
Generasi muda perlu memahami sejarah pembentukan Malaysia dan menghayati perjuangan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang aman dan bersatu, di samping menjauhi amalan rasuah yang boleh merosakkan masa depan negara.
DOSM: 16.85 juta rakyat bekerja pada Julai, pengangguran kekal 3.0 peratus
Kadar pengangguran negara kekal pada 3.0 peratus pada Julai 2026, sama seperti bulan sebelumnya, dengan jumlah penganggur direkodkan seramai 520,300 orang, menurut Statistik Tenaga Buruh Julai 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Pembelaan gesa pasport Abdul Azeez tidak ditahan, tawar jaminan RM500,000
Pihak pembelaan memohon agar pasport antarabangsa bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Abdul Azeez tidak ditahan, dengan hujah tiada bukti menunjukkan anak guam mereka berisiko melarikan diri, selain wujud keperluan mendesak untuk beliau ke luar negara bagi urusan perniagaan.
Azalina Mahu Bank Turut Dipertanggungjawabkan Kes Scam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyokong cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya hukuman lebih berat, termasuk sebatan, dikenakan terhadap penjenayah penipuan dalam talian, malah menyatakan beliau bersedia menerima hukuman melangkaui sebatan bagi jenayah tersebut.
Kes sindiket dadah: MOT ketatkan saringan juruterbang dan kru kabin
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memperketat pemeriksaan ke atas juruterbang, kru kabin serta petugas penerbangan lain, susulan kes seorang juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang dikaitkan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Belanjawan 2027 teliti persediaan depan era Malaysia menua – Akmal Nasrullah
Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia bagi berdepan peralihan demografi sebagai sebuah negara menua, dan hasil kajian itu akan diterjemahkan dalam Belanjawan 2027.
RUU Warga Emas Dibawa ke Parlimen Awal 2027 — Nancy Shukri
Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas yang pada asalnya disasarkan untuk dibentangkan pada Oktober ini dijangka hanya dapat dibawa ke Parlimen pada awal 2027
UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT: TUANKU MUHRIZ
Sentiasa utamakan kepentingan negeri dan rakyat mengatasi kepentingan politik mahupun peribadi, pesan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Munawir.
GELOMBANG PERPADUAN MELAYU ATAU POLITIK PERKAUMAN MELAMPAU?
KEPUTUSAN pilihanraya Negeri Sembilan adalah manifestasi pengundi Melayu yang memilih BN atau PN sejak lima tahun lalu kekal dengan pilihan mereka.
“JAGA NEGERI, JAGA ANAK BANGSA” — PESAN AMINUDDIN BUAT MB BAHARU

Menteri Besar yang tewas, Aminuddin Harun, berpesan agar MB Negeri Sembilan baharu meneruskan dasar demi rakyat — “jaga negeri, jaga anak bangsa” — sambil menerima keputusan PRN dengan hati terbuka.