BN-PN KUASAI DUA PERTIGA, TAMATKAN ERA PH DI NEGERI SEMBILAN

Gabungan BN-PN menguasai 25 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan ke-16, melepasi majoriti dua pertiga dan menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan — dengan kejutan besar tumbangnya Anthony Loke dan Aminuddin Harun.
LOKE, TOK MIN TUMBANG PH HILANG NEGERI SEMBILAN
Dua tokoh utama PH — Anthony Loke di Chennah dan Menteri Besar Aminuddin Harun di Linggi — tumbang pada PRN Negeri Sembilan, dengan BN-PN dilaporkan bentuk kerajaan negeri berdasarkan keputusan tidak rasmi.
KHUTBAH JUMAAT NEGERI SEMBILAN SARAN ELAK RASUAH, PENYELEWENGAN
Berdasarkan teks khutbah berkenaan, diingatkan bahawa perbuatan salah guna kuasa bukan sahaja menyebabkan hak orang lain diambil secara batil, malah menggugat kepercayaan dan merosakkan kesejahteraan yang telah dibina.
UNDI UMNO-PAS MACAM MASUK GEAR UNDUR
Undi untuk Umno-Pas dalam PRN Negeri Sembilan Sabtu ini ibarat menekan gear undur bagi ekonomi negeri itu.
PRN N9: 4 LAPORAN SOGOKAN WANG TUNAI DISIASAT
Empat laporan sogokan wang tunai diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
pada kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.
JANGAN BERAKHIR SEKADAR LAPORAN: ABIM
Dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak boleh berakhir sebagai sebuah laporan semata-semata.
SIASATAN SUSULAN RCI PERLU TELUS: ANWAR
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, siasatan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.
RCI SYOR TUNTUT SEMULA BAYARAN BONUS
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mengesyorkan supaya bonus berjumlah RM2.19 juta yang dibayar kepada beberapa pengarah dan pegawai terpilih TH Properties Sdn Bhd dituntut semula kerana diluluskan tanpa mematuhi prosedur undang-undang yang ditetapkan.
2 DARJAH KEBESARAN RAIS DITARIK SERTA-MERTA
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
ANWAR BERTUNGKUS LUMUS ANGKAT MARTABAT NEGARA
Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja keras tanpa mengenal penat lelah semata-mata mahu mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara contoh di rantau ini. Perdana Menteri menekankan ia dilaksana menerusi pentadbiran yang berintegriti dan berteraskan khidmat kepada rakyat.
KREDIBILITI TH ROSAK KERANA CAMPUR TANGAN POLITIK: RCI
Laporan RCI mengenai Tabung Haji mendapati bahawa pelantikan ahli politik aktif ke jawatan kanan antara 2014 hingga 2018, mewujudkan keresahan orang ramai dan meningkatkan persepsi campur tangan politik.
SELEWENG TABUNG HAJI: PIHAK TERBABIT AKAN DIDAKWA
Individu yang didapati bertanggungjawab terhadap kerugian Tabung Haji (TH) berdasarkan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang didedahkan hari ini, akan dibawa ke muka pengadilan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.