
KEPUTUSAN pilihanraya Negeri Sembilan adalah manifestasi pengundi Melayu yang memilih BN atau PN sejak lima tahun lalu kekal dengan pilihan mereka.
Dengan menyatukan undi Melayu, BN dan PN berjaya meraih 25 kerusi, memperoleh majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan dengan menyatukan undi Melayu.
PH pula tersisih dengan hanya 11 kerusi tanpa seorang pun Adun Melayu di pihaknya.
Ahli sains politik Universiti Sunway Wong Chin Huat berkata keputusan itu menunjukkan BN dan PN yang berkempen atas agenda perpaduan Melayu saling memberikan undi antara satu sama lain.
Ahli sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Syaza Shukri pula berkata keputusan pengundian menunjukkan pengundi Melayu yang menyokong BN dan PN mempunyai dorongan tinggi untuk keluar mengundi kali ini.
“Kita selalu fikir apabila peratusan keluar mengundi tinggi, ia disebabkan keghairahan pihak pembangkang untuk melakukan perubahan.
“Dan situasi hari ini, PH dilihat sebagai penyandang (di peringkat negeri dan persekutuan), maka naratif perubahan menentang PH berjaya membawa keluar pengundi Melayu yang mahu mengalahkan PH, khususnya DAP dan menjadi pihak yang mengembalikan ‘kepimpinan Melayu’,” kata Syaza.
Ini berbeza dengan pilihanraya negeri lalu apabila PH dan BN menjadi rakan kerjasama serta berkongsi undi.
Berdasarkan perbandingan itu, peratusan undi PH di Negeri Sembilan merosot daripada 44.9 peratus pada PRU15 kepada 40.2 peratus dalam pilihanraya 1 Ogos.
Jumlah gabungan undi BN dan PN meningkat daripada 54.2 peratus pada PRU15 kepada 56 peratus. Bersatu yang bertanding menentang PN pula meraih 2.6 peratus undi.
Keseluruhan kadar keluar mengundi bagi PRN Negeri Sembilan pula mencecah 72.6 peratus iaitu 4.3 mata peratusan lebih tinggi daripada PRN 2023 dan 5.9 mata peratusan lebih rendah berbanding PRU15.
Kekalnya sokongan pengundi BN dan PN dapat dilihat dengan lebih jelas menerusi keputusan di lima kerusi DUN yang diramalkan Malaysiakini akan dirampas daripada PH.
Kerusi berkenaan, termasuk Chennah yang disandang Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mencatatkan jumlah peratusan undi BN dan PN melebihi 50 peratus ketika PRU15, angka yang berjaya dikekalkan pada pilihan raya 1 Ogos.
Malah, peratusan undi dalam pengundian semalam hanya berbeza beberapa mata peratusan berbanding corak pengundian penduduk kawasan terbabit di peringkat parlimen pada PRU15.
Jadi, adakah kemenangan BN-PN beteraskan identiti kaum atau politik perkauman Itu bahaya bagi PH?
Sudah tentu. Politik perkauman pada tahap luar biasa yang diterapkan BN-PN bukan sahaja bahaya kepada PH tapi negara.
Jika tIdak diurus dengan bijaksana, ia akan meletus dan sukar dibendung.
Mainan politik identiti dan perkauman pada tahap luar biasa boleh menyemai unsur perpecahan sehingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Jika terus diamalkan ia akan mewujudkan perasaan syak wasangka di kalangan rakyat terutamanya di antara kaum Melayu dan bukan Melayu.
Pendekatan politik identiti senarnya langsung tidak membantu usaha memajukan negeri mahupun negara.
Fokus sepatutnya diberikan kepada isu-isu asas rakyat seperti ekonomi tempatan, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak, kos sara hidup, serta kebajikan.
Berdasarkan trend pengundian , ia politik identiti. Lihat balik semasa pentadbiran Tok Min di bawah PH, memang bagus kerajaan Negeri Sembilan.
Apa implikasi besar kepada negara?
Untuk Anwar dan Kerajaan Perpaduan, ini kekalahan ke-2 selepas Johor.
Ini signal Model “PH+BN” tidak diterima pengundi di negeri. Tekanan pada Anwar naik dan Umno mungkin tuntut pelan kuasa lebih.
Bagi BN/Umno, menang di Negeri Sembilan dan Johor bermakna gelombang biru itu sah.
Laluan ke PRU16 awal semakin terbuka. Moral Umno naik.
Untuk PH pula, gabungan Itu kena buat post-mortem besar. Kekalahan di Linggi tempat MB bertanding tunjuk pengundi tolak kepimpinan sedia ada.
Apa rumusan semua itu?
Ia adalah referendum terhadap Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim.
PH tumbang di luar bandar.
Ini bukan sekadar tukar kerajaan negeri. Ini signal pengundi Melayu luar bandar sudah kembali kepada BN, dan PH gagal pertahankan kubu 2023.