Dua tokoh utama PH — Anthony Loke di Chennah dan Menteri Besar Aminuddin Harun di Linggi — tumbang pada PRN Negeri Sembilan, dengan BN-PN dilaporkan bentuk kerajaan negeri berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Berdasarkan teks khutbah berkenaan, diingatkan bahawa perbuatan salah guna kuasa bukan sahaja menyebabkan hak orang lain diambil secara batil, malah menggugat kepercayaan dan merosakkan kesejahteraan yang telah dibina.
Empat laporan sogokan wang tunai diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
pada kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, siasatan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mengesyorkan supaya bonus berjumlah RM2.19 juta yang dibayar kepada beberapa pengarah dan pegawai terpilih TH Properties Sdn Bhd dituntut semula kerana diluluskan tanpa mematuhi prosedur undang-undang yang ditetapkan.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerja keras tanpa mengenal penat lelah semata-mata mahu mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara contoh di rantau ini. Perdana Menteri menekankan ia dilaksana menerusi pentadbiran yang berintegriti dan berteraskan khidmat kepada rakyat.
Laporan RCI mengenai Tabung Haji mendapati bahawa pelantikan ahli politik aktif ke jawatan kanan antara 2014 hingga 2018, mewujudkan keresahan orang ramai dan meningkatkan persepsi campur tangan politik.
Individu yang didapati bertanggungjawab terhadap kerugian Tabung Haji (TH) berdasarkan penemuan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang didedahkan hari ini, akan dibawa ke muka pengadilan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Idea dan langkah yang digagas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membawa negara mencapai sasaran muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia. Oleh Itu, rakyat terutama pengundi Negeri Sembilan harus menyokong usaha beliau.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.