Berita: Nasional

SHAH ALAM: SPRM reman dua individu termasuk timbalan pengerusi NGO selama empat hari berhubung penyelewengan dana zakat RM230 juta. Tiga ditahan semalam dalam operasi di Lembah Klang.
MOT gesa SOP Sistem Pengendalian Bagasi KLIA Terminal 1 diperkukuh selepas insiden kelewatan bagasi sehingga empat jam pada 18 April. CAAM diarah siasat kerosakan BHS.
MB Negeri Sembilan Aminuddin Harun menegaskan tindakan Mubarak Dohak membacakan pengisytiharan menurunkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz tidak diiktiraf kerana beliau sudah tidak mempunyai kuasa.
Peguam ibu Zara Qairina, Datuk Rizwandean M. Borhan bakal memanggil enam saksi pakar dalam inkues kematian remaja 13 tahun itu di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. Prosiding seterusnya 18 Mei.
GKMM mohon kerajaan beri pengecualian kuota 300-liter RON95 kepada pengamal media berdaftar. Pengurangan BUDI95 kepada 200-liter menjejaskan wartawan yang bertugas di lapangan.
Penganalisis beri amaran cadangan tempatkan Khairy Jamaluddin bertanding di Kedah PRU16 boleh merugikan UMNO BN. Imej beliau lebih sesuai di kawasan bandar berbanding luar bandar.
PUTRAJAYA: Ketegangan di Asia Barat kini mula memberi tekanan kepada keselamatan tenaga global, mendorong Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan penting dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese.
KUALA LUMPUR, 15 April — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Jun depan bagi keputusan kes saman berjumlah AS$14.57 juta yang difailkan syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan kehilangan lebih 40 barangan kemas.
KUALA LUMPUR: Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi memuji keberanian dan prinsip Datuk Seri Anwar Ibrahim di tengah-tengah serangan berterusan Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu.
PUTRAJAYA: Asnida, anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, akan didakwa di mahkamah hari ini.
KUALA LUMPUR: Penjawat awam digalak memakai baju batik setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat susulan langkah menyelaras suhu penyaman udara kepada minimum 24 darjah Celsius bagi penjimatan tenaga.
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Ismail adalah calon nombor satu yang layak untuk memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini, kata Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.