10 Jun Keputusan Saman Barang Kemas AS$14.57 Juta Terhadap Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR, 15 April — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Jun depan bagi keputusan kes saman berjumlah AS$14.57 juta yang difailkan syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan kehilangan lebih 40 barangan kemas.