Dalam temu bual eksklusif ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (Tok Min), berkongsi sebab beliau memilih untuk bertanding di DUN Linggi serta mengulas pencapaian Kerajaan Negeri sepanjang pentadbiran beliau.
Beliau turut menjelaskan pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan untuk rakyat, prestasi pelaburan Negeri Sembilan yang mencecah RM19.1 bilion, serta visi kerajaan dalam memastikan pembangunan yang mampan demi masa depan negeri.