PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi medan ujian paling penting terhadap kekuatan Kerajaan Perpaduan menjelang PRU akan datang. Walaupun kedua-dua negeri mempunyai landskap politik yang berbeza, keputusan pilihan raya ini bakal memberi gambaran awal tentang hala tuju sokongan rakyat, khususnya dalam kalangan pengundi muda.
Dalam episod terbaru Ngopi Bersama Anak Muda, kami membawakan dua wakil daripada parti politik yang berbeza untuk membincangkan secara terbuka isu-isu yang menjadi perhatian menjelang PRN. Perbincangan menyentuh strategi parti, sentimen akar umbi, perubahan corak pengundian serta cabaran yang dihadapi dalam menarik sokongan generasi muda.