Isu Rohingya merupakan antara perbahasan paling kontroversi di Malaysia hari ini. Di satu pihak, terdapat kebimbangan rakyat mengenai keselamatan, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan keupayaan negara menampung kehadiran pelarian. Di pihak yang lain, terdapat hujah bahawa komuniti Rohingya merupakan mangsa penindasan, konflik dan dakwaan genocide yang memaksa mereka melarikan diri daripada Myanmar.

Dalam episod terbaru Ngopi Bersama Anak Muda, kami menghimpunkan dua pandangan yang berbeza untuk membincangkan isu ini secara terbuka dan jujur. Perdebatan antara Iqbal dan Manu menyentuh pelbagai persoalan sukar yang sering menjadi perbalahan di media sosial tetapi jarang dibincangkan secara mendalam dan bersemuka.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...