Saksikan temu bual eksklusif Channel 10 bersama Dr. Maszlee Malik, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N.41 Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dalam temu bual ini, bekas Menteri Pendidikan Malaysia ini berkongsi hasrat beliau untuk membawa anjakan baru, khususnya dalam memperkasakan agenda pendidikan tempatan dan membina platform terus untuk mendengar suara rakyat di Puteri Wangsa.