Rentak samba Malayan Tigress

Pengendali penuh pengalaman dari Brazil, Joel Cornell, dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bolasepak wanita kebangsaan, umum Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita Malaysia, Datuk Suraya Yaacob.

Penerbangan KL-Moscow/Anwar minta Aeroflot sambung

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat penerbangan Russia, Aeroflot menyambung semula penerbangan terus ke Malaysia untuk meningkatkan kesalinghubungan dana mengukuh rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

Russia Rakan Karib: Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Russia adalah rakan karib Malaysia yang dihormati.

Agensi berita Sputnik/RIA Novositi melaporkan, dalam pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, Anwar menyatakan harapan agar kedua-dua negara dapat mengadakan mesyuarat penting sepanjang lawatannya ke Russia itu.

Anwar tiba di Russia untuk lawatan rasmi Selasa lalu.

Ketibaan Anwar disambut di Kremlin, iaitu kediaman Presiden Vladimir Putin dan itu mencerminkan detik penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Pertemuan dengan Putin/PMX suarakan isu MH17

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dalam pertemuannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Anwar berkata, perkara itu dibangkitkan semasa rundingan dua hala dengan Putin di Kremlin sebagai mewakili keluarga mangsa yang terjejas akibat nahas itu.

Menurutnya, beliau sudah membangkitkan keputusan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa mengenai perkara itu secara terus dengan Putin.

Perlis haramkan vape

Perlis mengharamkan sebarang penjualan rokok elektronik tau vape di negeri itu berkuatkuasa 1 Ogos.

Keputusan itu dibuat setelaha mengambil ira keburukan vape yang mungkin menjadi acman terhap pelbagai golongan, khususnya remaja dan murid.

Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli mengingatkan peniaga vape agar bersiap sedia mencari perniagaan alternatif yang tidaa kaitan denga bahan atau peranti yang boleh menjejaskan kesihatan.

Katanya, lesen perniagaan vape mereka tidak akan diperbaharui dan akan ditamatkan segera.

Presiden termiskin meninggal

Ikon global kesederhanaan dalam politik, bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica, meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).

Presiden Uruguay, Yamandu Orsi, mengumumkan kematian Mujica Selasa lalu.

Mujica sekian lama berjuang melawan kanser esofagus yang telah merebak dan tidak lagi dirawat.

Sepanjang menjadi presiden Uruguay, Mujica mendapat perhatian dunia kerana gaya hidupnya yang sederhana sehingga digelar “presiden termiskin di dunia” dan menjadi tokoh yang dihormati dalam kalangan haluan kiri Amerika Latin.

Selangor kaji haramkan vape

Kerajaan Selangor akan meneliti pengharaman penjualan kokok elektronik atau vape di negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, perkara itu bagaimanapun perlu dibincangkan Bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

Cadangan untuk mengharamkan penjualan vape itu akan dibentangkan di dewan undangan negeri, katanya.

“Perkara ini bergantung kepada peraturan Persekutuan, kita akan dapat laksanakan cuma saya lihat ia perlu perbincangan bersama pihak berakaitan dan kalau ada keperluan kita buat. Saya perlu dapatkan keseluruhan fakta dan pandangan,” katanya.

Nahas FRU: Pampasan Untuk Waris

Waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Chikus Sungai Lampan, Teluk Intan akan menerma pampasan serta bantuan kewangan berjumlah di antara RM58,000 hingga RM269,700.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bantuan itu termasuk RM25,000 melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Perak juga akan menyalurkan bantuan awal kepada keluarga mangsa. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan dan untuk meringanakan beban keluarga terbabit.

Zafrul peneraju baru BAM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Aziz, dilantik sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru bagi penggal 2025-2029.

Pererat hubungan Russia-dunia Islam:Putin

Presiden Russia Vladimir Putin mengalu-alukan peserta Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Islamic World KazanForum edisi ke-16 dan menyeru dipereratkan Kerjasama Russia dan blok negara Islam dalam bidang kewangan, teknologi dan keselamatan serantau.

Agensi berita Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Putin menyambut mesra peserta ke KazanForum yang akan bermula Selasa ini. Acara berlangsung hingga 18 Mei itu menghimpunkan delegasi dari lebih 100 negara.

Meski berdepan ketegangan global, Russia komited untuk memperluaskan kerjasama dengan negara Islam dalam bidang ekonomi, sains, pendidikan dan kemanusiaan.

Nahas FRU: 9 anggota meninggal

Polis mengesahkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat Teluk Intan .

Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkataa, lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal di hospital. Lima lagi anggota cedera ringan.

“Semua yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sayani Saidon pula berkata operasi menyelamat masih diteruskan dan beberapa anggota yang berjaya dikeluarkan sudah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dirawat.