Tupai King durian bangsawan

Durian jenis tupai king kini semakin digemari di kalangan peminat raja buah itu selepas ia digelar durian bangsawan kerana kualiti premium, rasa luar biasa dan aroma unik.
Harganya pula kini meningkat sehingga RM130 sekilogram, sekaligus menjadikannya durian tempatan termahal ketika ini, mengatasi Musang King dan Black Thorn.
Berasal dari Pulau Pinang, Tupai King berkulit hijau keperangan dan dan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk bujur seperti telur dengan pangkal membulat dan hujung menajam.
Beranikah anda mencuba?
Lima 25: Kerjasama hadapi cabaran global

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kesiapsiagaan pertahanan, keamanan serantau dan kerjasama strategik dalam menghadapi cabaran keselamatan global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
25 jalan utama ditutup sempena Asean

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-46 yang berlangsung minggu ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan.
Katanya, langkah itu, membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 28 Mei.
Menurutnya, penutupan dan lencongan jalan akan bermula seawal jam 7.30 pagi dan dijangka berterusan secara berperingkat hingga 8 malam sepanjang tempoh persidangan.
Pahang lucut 1,082 hak milik tanah

Pahang melucutkan 1,082 hak milik tanah apabila pemiliknya gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah berkenaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata daripada jumlah itu 838 pemilik tanah tidak mengemukakan permohonan bagi pembatalan pelucutan hak.
Menurutnya, berdasarkan rekod terkini, jumlah kutipan hasil penalti berkaitan tunggakan cukai tanah yang dikutip mencecah RM1.4 juta.
“Ini bermakna bukan sahaja tanah dikerjakan secara tidak sah malah tanah tidak bayar cukai pun boleh dirampas,” katanya baru-baru ini.
KKM teliti gelombang baru Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) kini meneliti trajektori gelombang baru Covid-19 berikutan meningkatnya wabak itu sebanyak dua kali ganda yang dilaporkan di Singapura.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Singapura membabitkan dua sub varian baru, Omicron.
Katanya, kes gabungan varian KP 1 dan KP 2 menyumbang lebih dua pertiga daripada kes Covid-19 di negara jiran itu.
Juarai Terbuka Thailand/Pearly Tan-Thinaah menang RM161,191

Habuan RM161,191 dimenangi oleh pasangan badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila menjadi pasangan wanita pertama negara menjuarai Terbuka Thailand sejak ia diperkenalkan pada 1984.
Tarikh lihat anak bulan 27 Mei

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa 27 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1446 Hijrah di 29 lokasi seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan penetapan tarikh awal Zulhijah akan disisytihar pada malam hari sama dan siarkan menerusi television dan radio
Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara penetapan awal Zulhijah adalah berdasarkanmengikut rukyah dan hisab
Zulhijah adalah bulan terakhir dalam kalender hijrah. Ibadat haji dilakukan pada bulan ini dan Aidiladha disambut pada setiap 10 Zulhijah.
Nakba77: Ribuan berarak tanda solidariti

Sudah 77 tahun Nakba pertama berlalu. Detik bumi Palestin dirampas dan ribuan nyawa terkorban. Rakyat Palestin terus diusir secara paksa. Kini 90 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan Israel yang berterusan. Lebih 53,000 nyawa terkorban sejak Oktober 2023.
Untuk mengenang malapetaka itu, ribuan orang berhimpun secara aman di hadapan Menara Tabung Haji bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Perhimpunan anjuran lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk BDS Malaysia itu bermula jam 2.15 petang dengan peserta membawa bendera Palestin, sepanduk serta berpakaian hitam putih sebagai simbol penentangan terhadap kekejaman rejim Zionis.
Guru Gigih Membina Bangsa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang disifatkannya gigih membina bangsa.
Menerusi laman Facebooknya, Anwar berkata dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen serta peranan dan dukungan guru adalah penting.
“Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebajikan. Jutaan penghargaan kepada guru dan negara ini perlukan kebersamaan kalian, terutama dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang mandani dan berketrampilan,” katanya.
Google Walk Elak Jemaah Sesat

Tabung Haji memperkenalkan platform pandu arah baru yang dinamakan Google Walk untuk membantu jemaah haji memastikan jalan pulang ke bangunan penginapan.
Platform yang berasaskan Google Maps itu diperkenalkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Haji untuk menjamin jemaah haji tidak tersesat.
Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji, Mohd Fahmi Kamarudin, berkata platform itu dibangunkan khusus untuk kegunaan jemaah haji Malaysia yang menetap di tujuh bangunan penginapan jemaah di Makkah.
Putin pelawa Agong lawat Russia

Presiden Russia, Vladimir Putin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk melawat Russia.
“Saya ada satu permintaan besar. Sampaikan salam hormat saya kepada Sultan Ibrahim,” kata Putin kepada Anwar seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Russia (TASS).
Kami menantikan keberangkatan baginda ke Russia, katanya.
Dalam pada itu, Putin berkata Russia menjangkakan hubungan dengan Malaysia dan negara-negara anggota Asean akan terus berkembang.
Malaysia raja regu Piala Asia

Gandingan mantap Syahir Rosdi selaku tekong, Azlan Alias (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) berjaya meranapkan harapan musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan akhir acara regu Puala Asia 2025.