Berita: Nasional

Peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih kediaman terjejas disebabkan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya 1 April lalu ialah RM40 juta, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Beliau berkata, peruntukan bagi kerja baik pulih itu membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan sumbangan awam. Kerja baik pulih bagi kediaman di sekitar Putra Heights akan dilaksanakan oleh Sime Darby selaku pemaju Kawasan perumahan itu manakala di Kampung Sungai Baru oleh Syarikat Perumahan Negaraa Berhad
Mangsa kebakaran dan letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya boleh mengemukakan tuntutan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) jika kerosakan rumah yag dialami mereka dalam bencana itu kurang daripada 40 peratus. Datuk Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ), Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, berkata mangsa dinerikan tempoh enam bulan untuk membuat tuntutan beserta invois dan gambar. Mereka juga dinasihatkan supaya membuat tuntutan menerusi persatuan penduduk kawasan masing-masing. Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Selangor dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri memutuskan untuk mengurus tuntutan kerosakan rumah yang melebihi RM30,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanjung langkah berani Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu menyekat pemegang passport Israel daripada memasuki negara itu. Langkah itu adalah sebagai tanda solidariti terhadap kekejaman yang dilakukan Israel terhadap warga Palestin, katanya di forum Perniagaan Maldives-Malaysia 2025.. Dr Mohamed Muizzu berada di sini atas rangka lawatan rasmi pertama beliau sejak menjadi presiden November 2023. Anwar juga menegaskan Malaysia sedang menggiatkan ikhtiar memperkukuh kerjasama dalam Asean dan negara jiran lain seperti Maldives.
Jangan terkejut jika pisang yang banyak ditanam di Malaysia diiktiraf oleh dunia sebagai pisang terbaik 2025. Sesuai dengan namanya, pisang mas dinobat sebagai pisang terbaik berdasarkan kriteria dan anaugerah dari The Tasteatlas, sebuah laman panduan makanan global. Dalam senarai 10 pisang terbaik dunia, pisang mas dari Malaysia menduduki tangga pertama, mengatasi pelbagai jenis pisang dari negara lain termasuk India dan Britain.
Jumlah penduduk Malaysia kini sudah mencecah 34 juta mengikut statistik yang dikeluarkan pada suku pertama tahun lalu oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Menurut jabatan itu, ini adalah pertambahan 2.3 peratus daripada suku pertama 2023. Data yang dikeluarkan oleh jabatan itu juga menunjukkan jumlah warganegara ialah 30.6 juta (90 peratus) dan bukan warganegara 3.4 juta (10 peratus) manakala nisbah jantina penduduk ialah 111 (lelaki):100 perempuan. Bilangan warga lelaki meningkat 400 ribu menjadi 17.8 juta sementara perempuan pula meningkat 300 ribu menjadi 16.1 juta.
Negara-negara di benua Afrika dilihat sebagai rakan dagang baru berikutan tarif membabi-buta Presiden Donald Trump yang meninggalkan impak global. Malaysia tidak ketinggalan mengintai peluang untuk membuka peluang perniagaan yang lebih luas dan mempelbagaikan perdagangan dengan negara-negara di benua itu. Trump mengenakan tarif 24 peratus ke atas Malaysia.
Penceroboh tanah haram yang menanam durian musang king di Raub, Pahang merobohkan empat jambatan untuk menghalang agensi penguatkuasaan menjalankan tugas-tugas memusnahkan pokok-pokok durian. Mengapa tindakan begitu berani dilakukan oleh penceroboh-penceroboh berkenaan. Untuk melindungi dan mempertahankan pokok musang king yang memberikan pendapatan lumayan atau ada udang di sebalik batu? Ramai mendakwa Raub adalah jajaran di Semenanjung yang tersembunyi banyak emas, khususnya di Sungai Klau. Apakah ini yang menyebabkan mereka bersungguh-sungguh mempertahankan ladang berkenaan?
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tertarik dengan perspektif Presiden Xi Jiping terhadap pembangunan ekonomi yang dianggapnya unik malah memuji sikap dan pendirian pemimpin China itu yang menekankan pertukaran budaya, pembelajaran mengenai tamadun dan kemakmuran bersama. Dalam temubual dengan China Media Group, Anwar berkata sudut pandang Xi itu selari dengan visi Malaysia Madani yang menekankan nilai, kemanusiaan dan perspektif global.
Sebanyak 31 memorandum persefahaman meliputi pelbagai sektor dimeterai di antara China dan Malaysia sempena kunjungan Presiden Xi Jinping ke Malaysia bagi menggambarkan kepentingan negara dari segi peranannya dalam Asean dan hubungan dua hala dengan Beijing. Lawatan Xi dilihat penting bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan . Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Zafrul Aziz menyifatkan memorandum persefahaman yang ditandatangani itu menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan pelaburan dan perdagansn
Presiden Xi Jinping menyifatkan hubungan Malaysia dengan China akan memasuki era gemilang baru (new golden era) pada waktu perang tarif global semakin menjadi-jadi. Beliau berharap usahasama China-Malaysia dan lawatannya ke Kuala Lumpur akan membuahkan hasil memberangsangkan serta membawa kepada permulaan era "50 tahun emas" baru. China juga mahu lawatan ke sini membuka lembaran baru dalam sejarah hubungan kejiranan mesra dan perdagangan yang menguntungkan kedua-dua negara.
Pembangunan yang saksama merupakan antara teras utama dalam kerangka Ekonomi MADANI, bagi memastikan semua wilayah dapat memperkukuh asas ekonomi masing-masing dan menyumbang kepada kemajuan negara secara menyeluruh. Justeru, bagi negeri-negeri yang mencatat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita terendah di Semenanjung Malaysia — Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu — Kerajaan MADANI telah meningkatkan Perbelanjaan Pembangunan dari tahun ke tahun. Langkah ini bertujuan membina prasarana kritikal dan menambah baik kemudahan yang telah lama ketinggalan.
Perang dagang tidak menguntungkan sesiapa dan pergeseran dengan Amerika Syarikat tidak akan melahirkan mana-mana pemenang, kata Presiden China, Xi Jinping dalam satu kenyataan media. Presiden China yang memulai kunjungan ke Asia Tenggara menyebut dasar perlindungan tidak akan menghasilkan apa-apa. "Perang perdagangan dan perang teknologi yang bertentangan dengan trend sejarah serta peraturan ekonomi akan berterusan. Tetapi tiada siapa akan menang," katanya.
Something went wrong: Code invalid_params => Invalid authorization header. Please check the format.