Bantuan untuk PKS imbangi tarif AS

Foto Bernama

Kerajaan setuju meningkatkan jaminan RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat tarif Amerika Syarikat bagi mendapatkan pinjaman daripada bank komersil.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat kerajaan setuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan.

Menurutnya, ia antara langkah Kerajaan Madani untuk memastikan kestabilan ekonomi dan mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana.

“Kerajaan harus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS. Ia juga menggalakkan kerjasama serantau dan pasaran baru,” katanya.