Zunar menegaskan falsafahnya bahawa “bakat bukan anugerah, bakat adalah tanggungjawab”. Beliau mengupas satira politiknya dalam episod Ngopi kali ini sebagai kritikan tajam terhadap rasuah dan ketidakadilan, dilukis dari hati untuk mengubah persepsi masyarakat.
Dengar cabaran Zunar termasuk dakwaan dan tangkapan terhadapnya, serta semangatnya yang tidak padam. Nasihat beliau kepada generasi muda: gunakan seni untuk menyuarakan keresahan dan menyumbang kepada masyarakat madani, kerana “perjuangan adalah maraton tak berpenghujung”.