Reaktor Triga Puspati (RTP), satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 1982. Dokumentari ini menyorot peranan penting srikandi nuklear negara, Dr. Norfarizan Mohd Said, Dr. Hasniyati Md. Razi dan Zaredah Hashim dalam mengendalikan operasi fasiliti penyelidikan ini.

Ketahui bagaimana aspek keselamatan dan struktur konkrit reaktor dipantau rapi melalui analisis penuaan berbatas waktu,. Reaktor ini turut diumpamakan sebagai seorang ibu yang perlu dijaga dengan teliti agar terus memberi manfaat besar kepada masyarakat dan negara.

Video ini juga merungkai persepsi negatif terhadap tenaga nuklear serta membuktikan kemampuan wanita berdiri sama tinggi dalam bidang sains dan teknologi,. Hayati dedikasi mereka dalam memastikan kelestarian teknologi nuklear tempatan.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...