Barisan atlet boling negara terus ‘mendonia’ apabila kini giliran pemain lelaki merangkul emas dalam acara berpasukan di Kejohanan Boling Piala Dunia Persatuan Boling Antarabangsa (IBF).
Pasukan yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam itu melakar sejarah menjadi pasukan lelaki pertama negara memenangi acara berpasukan sejak Kejohanan Piala Dunia mempertandingkan kategori berpasukan bermula 2022.
Channel 10 membawakan Tun Hakim ke studio kami bagi berkongsi perasaannya terkait kemenangan bersejarah itu.