Barangkali tiada alat canggih di dunia yang dapat mengawal banjir. Hakikatnya belum ada negara yang boleh pastikan banjir tidak berlaku. Namun, ikhtiar menangani masalah banjir perlu dilakukan untuk sekurang-kurangnya mengurangkan impak bencana itu.
Kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mungkin boleh digunakan sebagai salah satu jalan penyelesaian inovatif untuk menangani masalah itu. Setidak-tidaknya penggunaan AI boleh membantu menawarkan ramalan cuaca lebih tepat, sistem amaran awal, pemantauan masa nyata, pengurusan infrastruktur dan sumber yang lebih efisien.