Dalam episod Ngopi kali ini, hos Zainal Abidin Rawop bersama panelis, Zakaria Rahim, Abu Bakar Atan, dan Arnaz M. Khairul, membincangkan isu bola sepak negara yang meletakkan Malaysia di mata dunia atas kedudukan yang berbeza.

Tumpuan diberikan kepada ancaman hukuman FIFA ke atas FAM dan risiko Malaysia kehilangan mata kritikal serta disingkirkan daripada kelayakan Piala Asia. Isu dokumentasi tujuh pemain yang didakwa melakukan kesalahan menjadi punca kemelut ini.

Siapakah yang harus bertanggungjawab di atas kemelut ini? Kami turut menganalisis kemenangan Harimau Malaya, membuktikan kemampuan skuad negara mencatat kemenangan biarpun tanpa kehadiran tujuh pemain yang dipersoalkan ketulenannya.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...