Dalam episod pertama podcast terbaru Channel 10, Sparks, kami membincangkan rasional strategik Malaysia dan ASEAN untuk menceburi bidang tenaga nuklear, terutamanya selepas pengumuman PMX dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Panelis menghuraikan bagaimana ini boleh menjadi lonjakan ekonomi yang penting bagi Malaysia, mencipta peluang pekerjaan khusus dan menjamin tarif elektrik yang stabil.
Ini adalah sebahagian daripada strategi untuk mencapai sekuriti tenaga dan keterjangkauan. Malaysia menyasarkan loji nuklear pertama beroperasi seawal 2031.