Bersama Ady Faizal Adlin dalam episod Ngopi x CEO kali ini, kita telusuri strategi Kembara Kitchen (KK) dalam menghadapi musim hujan dan banjir yang melanda negara. William Cheah (Pengasas) berkongsi bagaimana organisasi sosial ini memastikan penghantaran bantuan makanan kepada mangsa tidak terputus.

KK bukanlah dapur umum, tetapi food production yang menghasilkan makanan Ready-to-Eat (RTE/MRE). Beliau mendedahkan teknologi retort yang membolehkan makanan kecemasan ini tahan sehingga dua tahun tanpa bahan pengawet.

Steavaynie Qinadue, Wakil KK Sabah, membincangkan perluasan perusahaan sosial ini ke Sabah. Pangkalan ini penting untuk mengatasi masalah logistik yang mahal dan memastikan produk dihasilkan oleh orang tempatan untuk orang tempatan.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...