Dalam rancangan Ngopi kali ini, Channel 10 membawakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer mengenai peranan MAIWP memartabatkan umat Islam di Wilayah Persekutuan.
Perbincangan ini menyoroti kerjasama strategik MAIWP dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam memperkukuhkan kebajikan masyarakat.
TNB adalah penyumbang zakat korporat terbesar, menyalurkan RM7.1 juta pada 2022. Sebahagiannya diwakalahkan kepada TNB untuk program “Baiti Jannati” yang membina rumah bagi golongan asnaf.