Episod Ngopi kali ini bersama Ady Faizal Adlin, mengupas secara mendalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2025, yang disifatkan sebagai yang paling kritikal dalam sejarah moden negeri itu. Adakah rakyat akan memilih kesinambungan atau perubahan?
Bersama Ngopi secara maya ialah Profesor Madya Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah. Beliau membincangkan isu ‘politik cair’ Sabah yang kompleks, punca kerapnya kerajaan bertukar, dan peranan 35 hingga 40% pengundi undecided.
Mengapa tuntutan MA63 masih tergantung selepas 60 tahun? Datuk Ramzah menjelaskan bahawa kekurangan kesatuan dan solidariti sekata di kalangan ahli politik Sabah sendiri merupakan penghalang utama tuntutan hak tersebut.