Bersama Ady Faizal Adlin, episod Ngopi kali ini membincangkan siapa pemilik sebenar bandar, tempat kita tinggal. Kami menjemput Afzal Azhari, seorang perancang bandar berdaftar yang lantang bersuara tentang hak rakyat terhadap ruang dan keadilan pembangunan.
Perbincangan mendalam mengenai Akta Pembaharuan Bandar (URA) yang boleh mengubah wajah kampung dan bandar. Kami menyoal mengapa ramai rakyat merasa seperti orang luar dalam bandar sendiri, dan sama ada bandar dibina untuk rakyat atau nilai ekonomi semata-mata.
Afzal menekankan pentingnya melahirkan individu yang lebih bertanggungjawab dan memiliki ‘rasa kepunyaan’ (sense of belonging). Golongan muda perlu memainkan peranan penting dalam perancangan melalui prinsip Engage, Educate, Empower (3E).