Ada banyak syarikat yang menawarkan khidmat cuci dan bersih. Tetapi jarang ada syarikat yang memberikan perkhidmatan yang lebih mendalam seperti yang dilakukan oleh syarikat yang dimiliki anak muda, Mohd Hafiz Mohd Hanif.
Dalam temubual dengan moderator Channel 10, Ady Faizal Adlin, Mohd Hafiz bercerita mengenai perkhidmatan syarikatnya dan cabaran-cabaran yang dihadapi, terutama ketika mengharungi pandemik Covid-19.