Ia bermula dengan kesedihan ibu muda yang kehilangan anak disebabkan penyakit di otak, sejenis penyakit yang jarang dijumpai (rare disease). Lantaran itu, ibu muda ini mengalihkan kesedihan dengan tekad untuk membantu mereka yang menghidap sakit jarang jumpa yang bukan sahaja sukar dirawat tapi memerlukan belanja yang besar.

Begitulah sejarah penubuhan Yayasan Luth yang diasaskan oleh ibu muda itu, Mas Hazirah Saifuddin. Tidak keseorangan, Mas Hazirah dibantu oleh ramai sukarelawan termasuk Pakar Paediatrik dan Klinikal Genetik, Professor Dr Thong Meow Tiong.

Channel 10 mengundang kedua-duanya ke studio untuk menghuraikan apakah “rare disease” itu. Moderator ialah Eyra Husin.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...