Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebuah pelan pembangunan yang bakal membentuk masa depan kita. Apa fokus utamanya? Adakah ia akan membawa perubahan besar kepada ekonomi dan masyarakat? Hos Daniel Teoh bersama pakar ekonomi, Dr. Afzanizam Abdul Rashid dari Bank Muamalat, akan merungkai segala persoalan ini dalam episod Ngopi kali ini.
Mereka akan membincangkan matlamat utama RMK13, dari pembangunan infrastruktur hingga strategi ekonomi. Tonton perbincangan mendalam ini untuk memahami impak sebenar rancangan ini kepada kehidupan anda, termasuk kos sara hidup dan peluang pekerjaan.