Dalam episod “One Two Juice” kali ini, Nadhra dan Kamalia membawa anda mengupas isu influencer: adakah ia masih relevan dan boleh kekal lama? Ramai melihat kehidupan influencer indah dan mewah, namun ada realiti yang tersembunyi di sebaliknya yang perlu diketahui.
Episod ini membongkar “dark side of being an influencer”, termasuk isu privasi, risiko stalker, dan cabaran kesihatan mental akibat kecaman siber. Kerjaya ini juga tidak kekal lama; ramai yang gagal bertahan lebih tiga tahun sebagai content creator.
Oleh itu, persediaan mental dan fizikal amat penting. Jaga sikap, miliki pelan sandaran, serta cipta kandungan berkualiti dan bermanfaat. Renungkan, adakah anda bersedia menghadapi realiti dunia influencer?