Berbudilah pada tanah. Bugarkan budaya dan semangat berjihad dengan tanah untuk memastikan jumlah import hasil agronomi dikurangkan. Itulah saranan Pengerusi UM Plantations Sdn Bhd, Datuk A Nazri Abdulah di kursus Perancangan Sistematik dan Pengurusan Projek Penanaman Durian.
Beliau mengajak petani menimba ilmu dan berusaha menjadikan buah-buahan Malaysia, khususnya durian menjadi Black Gold Of The Country dan tidak semata-mata mengharapkan subsidi.