Dalam sesi Ngopi bersama hos Daniel Teoh, topik politik Islam dibincangkan secara mendalam bersama panelis, wartawan veteren Fathi Aris Omar, dan Ustaz Marwan Bukhari, penulis buku “Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan”.
Diskusi meleraikan kekeliruan maksud politik Islam, membezakannya dengan Islamisme serta tafsiran sempit hanya pada hukum syariah. Panelis turut mengulas salah faham penggunaan Surah Al-Maidah yang sering disalah guna untuk perpecahan.