Dalam episod Ngopi kali ini, hos Daniel Teoh bersama panelis Fathi Aris Omar dan Tharma Pillai mengupas cadangan menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun. Mereka membincangkan sejarah pemusatan kuasa serta persepsi rakyat terhadap usaha reformasi institusi ini.

Seterusnya, episod ini turut menyentuh kepentingan RUU Kebebasan Maklumat (FOI) untuk menggantikan budaya kerahsiaan OSA. Panelis turut membahaskan cabaran birokrasi “Little Napoleon” dan masalah pengurusan data kerajaan yang menyukarkan ketelusan.

Akhir sekali, panelis membincangkan etika kewartawanan susulan insiden tular melibatkan soalan tidak sensitif kepada ahli politik. Perbincangan meliputi tekanan “clickbait” dalam media moden yang mempengaruhi kualiti soalan wartawan hari ini.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...