Episod ini mengupas isu perkauman sebenar yang wujud dalam masyarakat majmuk Malaysia. Panelis, Amirul Mukminin dan Tharma Pillai, membincangkan sama ada masalah ini hanyalah permainan politik atau suatu realiti yang mesti dihadapi secara serius oleh Bangsa Malaysia.
Perbincangan ini turut menyentuh dilema sistem pendidikan negara yang berpecah-pecah (seperti SK, SJKC, dan Tahfiz), yang dikatakan gagal membentuk identiti kebangsaan yang kukuh.
Penyelesaian ke hadapan memerlukan usaha serius kerajaan untuk mematikan politik ‘pecah dan perintah’ (divide and rule) dan memperkukuh ideologi Rukun Negara sebagai asas kesatuan yang dihayati.