Kongres FAM pada 15 Februari ini harus memastikan badan bolasepak itu berkembang dan meninggalkan pentadbiran cara lapuk. Kurangkan terlalu banyak control sebaliknya galakkan siapa saja yang mahu menyumbang kepada pembangunan bolasepak negara.
Demikian antara saranan mantan ketua pemasaran FAM, Sayf Ismail di Channel10. Beliau yang ingin dicalonkan sebagai presiden, menyifatkan kalah menang tidak penting. Kalau menang ok tapi jika kalah, beliau akan terus membantu meningkatkan mutu pentadbiran badan sukan itu.
Ikuti temubual menarik Sayf Ismail yang dilayani moderator Amin Fuad.