Ngopi kali ini bersama hos, Amin Fuad dan barisan panelis terdiri daripada Datuk Dr. Pekan Ramli, Zakaria Rahim, dan Sayf Ismail. Mereka membincangkan laporan penuh ‘motivated decision’ 63 muka surat FIFA yang menolak rayuan FAM perihal penipuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Laporan ini mendedahkan perkara yang “sangat merosakkan” integriti negara, bukan hanya sukan bola sepak. Fokus utama perbincangan adalah isu pemalsuan dokumen kewarganegaraan, pasport, dan ID pemain yang didedahkan dalam dokumen tersebut.

Panelis mengulas kegagalan hujah FAM mengenai “kesilapan teknikal” dan kesan tadbir urus yang lemah. Risiko pelantikan Jawatankuasa Normalisasi (NC) oleh FIFA untuk merubah struktur pentadbiran FAM juga turut dibahaskan secara mendalam.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...