Ilmu amat penting dalam segala hal. Setiap yang dilakukan mesti bersandarkan ilmu. Apatah lagi kalau ingin menjadi pengurus pasukan bolasepak yang berjaya. Inilah yang dinukilkan oleh Datuk Dr Pekan Ramli dalam bukunya bertajuk Asas dan Strategi Menjadi Pengurus Bolasepak.
Pekan Ramli, penganalisis sukan, pensyarah UiTM dan mantan wartawan sukan hadir di Channel 10 untuk mengupas persoalan itu sambil mencuit sedikit perihal bolasepak Malaysia masa kini. Beliau diwawancara oleh moderator Abu Bakar Atan.