Pada 3 April 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan dasar perdagangan baharu yang menyaksikan pengenaan tarif sebanyak 24% ke atas kebanyakan produk import dari Malaysia, berkuat kuasa mulai 9 April. Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen perdagangan yang lebih luas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), di mana tarif dikenakan terhadap negara-negara yang dikatakan menyumbang kepada defisit perdagangan besar terhadap Amerika Syarikat.
Ikuti perbincangan Channel 10 bersama Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar dalam episod Ngopi ini.