Wacana Pra-Bajet 2026 ini membincangkan elemen manusiawi dalam perancangan negara. Tujuannya menajamkan kepekaan terhadap hala tuju Belanjawan 2026, menyediakan input sebelum ia dibentangkan minggu hadapan.
Panelis terdiri daripada YB Senator Dr Jufitri Joha (Tokoh Belia, Ahli Dewan Negara), En. Mohammad Mafrukhin Mokhtar (AKPK – Pakar Literasi Kewangan) dan En. Mohd Yusaimi Md Yusof (Presiden GRASS – Aktivis Alam Sekitar) menyorot isu kritikal belia seperti kos sara hidup, pekerjaan, dan perumahan, di samping cabaran kesejahteraan kewangan dan hutang yang membelenggu anak muda.
Fokus utama ialah pelaksanaan bajet yang berkesan bagi mengelakkan ketirisan. Rakyat diseru membina naratif bertanggungjawab dan memiliki masalah negara (own the problem), bukan sekadar pengkritik kosong.