Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi, perpaduan dan belas kasihan sangat penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Perdana Menteri tekankan perkara itu sewaktu berucap pada “International Conference On Civilisation Dialogue 2025” di Universiti Malaya dan menambah, apabila kita mengamalkan nilai murni seperti bersikap baik, jujur dan adil antara satu sama lain—tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang—kita membina keharmonian dalam kalangan rakyat.