Ngopi kali ini membincangkan nilai-nilai Al-Quran dalam Belanjawan Madani. Sesi ini meneroka kerangka Madani dan penerapannya dalam ekonomi negara.
Dihoskan oleh Mohd Shah Abdullah, bersama panelis Datuk Abd. Aziz Abu Bakar dan Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus. Mereka mengupas bagaimana pemimpin mengamalkan prinsip Islah (reform) dan Hafizun Alim (amanah dan berilmu).
Fahami kualiti yang dituntut oleh Nabi Yusuf untuk mengurus khazanah negara dan nilai rahmah dalam pentadbiran dalam episod kali ini.