Pengarah Climate Governance Malaysia, Gary Theseira yakin Malaysia adalah paling sesuai untuk menempatkan loji tenaga nuklear kerana kurang terdedah dengan aktiviti tektonik seperti gempa bumi. Di Forum Ekonomi Dunia Davos, PMX pula menyatakan belum ada keperluan mendesak untuk menggunakan tenaga nuklear kerana masih banyak potensi dalam tenaga solar dan Grid Kuasa Asean.

Jadi apa pilihan kita? Bersediakah kita beralih kepada tenaga nuklear untuk menjana bekalan tenaga elektrik, sebagai contoh? Untuk mengupas persoalan ini, hos Channel 10 Daniel Teoh berbincang dengan Raja Datuk Dr. Abdul Aziz Raja Adnan dan Encik Sabar Md Hashim mengenainya.

Raja Dr. Abdul Aziz adalah mantan Penasihat Khas kepada Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Pengarah Keselamatan Nuklear di IAEA manakala Encik Sabar adalah Mantan Pengurus Kanan Tenaga Nasional Berhad.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...