Dalam episod Ngopi kali ini, hos Ady Faizal Adlin membawakan perbualan tentang kisah pengorbanan dan nur kemanusiaan di Palestin. Kita bersama Dr Mohamed Alazami, pengurus perhubungan awam dan Ayman Jadallah, pegawai perhubungan antarabangsa dari Visal Association.

Mereka berkongsi situasi kemanusiaan semasa di Gaza termasuk jumlah syuhadah dan mereka yang terluka. Perbincangan turut menyentuh peranan media sosial dalam perang naratif dan keadaan fasiliti kesihatan serta pendidikan di Gaza yang rosak.

Visal terus menghulurkan tangan untuk menyalakan harapan dan meringankan desakan hidup rakyat Gaza melalui projek utama mereka. Apakah harapan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat sedunia untuk membantu usaha-usaha ini?

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...