Dalam episod podcast Sparks kali ini, Teori Episteme merungkai persepsi umum tentang nuklear yang sering dikaitkan dengan bom, radiasi atau bencana seperti Fukushima.

Dari aplikasi perubatan (contohnya X-ray), industri, pertanian, hingga pembangunan negara dan kelestarian dengan pelepasan karbon sifar. Sains nuklear menawarkan pelbagai peluang kerjaya yang menarik dan masa depan yang cerah, membuktikan “sky is the limit” untuk graduan.

Episod ini turut membincangkan kepentingan keselamatan nuklear yang ketat dan menyeru agar masyarakat, terutama generasi muda, membuka minda serta meneroka potensi sebenar bidang ini.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...