Ramadan merupakan bulan Islam yang terletak padanya kewajipan berpuasa ke atas seluruh umat Islam. Ia merupakan bulan yang ditunggu-tunggu berikutan terdapat ganjaran yang cukup istimewa kepada umat Islam, lebih-lebih lagi yang memburu kebaikan.
Istimewa Channel 10 membawakan program tazkirah sempena Ramadan ini, bersama pensyarah kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin bagi berkongsi ilmu serta fadilat bulan yang penuh mulia dan keberkatan ini.