Apakah Melayu itu Pak Pandir, Lebai Malang atau Si Luncai seperti yang digambarkan oleh penjajah? Benarkah Melayu itu malas, miskin, bodoh, suka berhibur dan membuang masa dengan perkara tidak berfaedah?
Ramai yang termakan dengan stigma ini apabila ia diulang bertubi-tubi oleh media dan ahli politik sehinggakan ada anak muda Melayu yang malu untuk mengaku orang Melayu kerana dianggap malas, miskin dan sebagainya.
Segmen Tumpang Lalu membahaskan isu ini agar esteem diri Melayu tidak mudah goyah oleh perspektif negatif ini.