Rakaman forum Bicara Persada UKM bertajuk Subsidi Bersasar: Harapan dan Realiti yang diadakan pada 12 November 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Forum ini menampilkan Sayed Munawar Sayed Mustar sebagai moderator, dan dibarisi panelis handalan iaitu Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia), Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, dan Pengarah Penyelidikan DM Analytics, Dr. Zouhari Rosli.