Sukan sepak takraw adalah antara sukan tertua di negara kita. Tapi benarkah takraw itu sukan kampung? Mengapa media massa jarang mempromosinya dan apa sebab penaja bersikap dingin, tidak seperti sukan popular seperti badminton dan bolasepak?
Apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan ini dan cara mana meningkatkan keupayaan pasukan Malaysia untuk setara dengan Thailand yang kerap menewaskan pasukan kita. Untuk mengupas persoalan-persoalan ini, Channel 10 mengundang dua peneraju sukan itu, Yusof Ali dan Haris Abdul Rahman. Moderator ialah Amin Fuad.