Dalam episod Ngopi kali ini, Zainal Abidin Rawop bersama Datuk Richard Scully dan Arnaz M. Khairul mengupas perkembangan dan hala tuju pasukan B-23 negara selepas kegagalan berulang mereka dalam pusingan kelayakan Asia dan pertandingan di peringkat ASEAN.

Adakah kategori B-23 ini masih relevan untuk pembangunan bola sepak? Panelis membincangkan kewajipan fokus pada pembangunan Bawah 17 tahun ke bawah bagi menutup ‘lopong’ (jurang) bekalan pemain yang besar. Pendekatan ‘tangkap muat’ pasukan B-23 turut menjadi kritikan utama.

Isu 15 pemain import dalam liga tempatan yang menafikan playing minit pemain lokal B-23 turut dibahaskan. Perbincangan menyeru reformasi menyeluruh, melabur, dan bersabar demi pembangunan jangka panjang ekosistem bola sepak Malaysia.

Nak Lagi, Tonton Video-Video Ini...