Datanglah ke Tingkap Cafe di Petaling Jaya Old Town jika mahukan suasana vintage ala kampung yang dipadankan dengan menu desa yang membuatkan air liur kita kecur.
Dengan dekor tingkap yang unik dan menarik, cafe ini pasti menawan pengunjung. Hari pertama sahaja hidangan yang disajikan “sellout”. Cubalah sate sebagai sarapan. Tidak mengecewakan.
Hos Channel 10, Ady Faizal Adlin mewawancara pemiliknya, Nurul Adila Redzuan.