Ngopi episod kali ini dihoskan Daniel Teoh, menjemput Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Pengarah Pusat Permata Pintar Negara (PPPN) UKM, untuk membincangkan masa depan indsutri digital Malaysia dan peranan PPPN
Prof. Ismanizan berkongsi bagaimana PPPN melahirkan bakat AI dan teknologi digital melalui Program Inovator Digital (DIP). Program perintis ini penting untuk memacu ekonomi negara. Pelajar DIP telah meraih pencapaian hebat, termasuk pingat emas di pertandingan Olimpik global.
Cabaran utama program ini ialah mendapatkan dana (sasaran RM1 juta pada 2025) bagi memastikan kesinambungan ekosistem dan fasiliti Digital Space Maker. Sumbangan anda diperlukan untuk menjamin pipeline pakar digital negara.