Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ yang dimeterai hari ini, merangkumi 500 langkah strategik dalam usaha memperkukuh masa depan serantau bagi dua dekad akan datang.
Visi ASEAN 2045 digariskan melalui enam dokumen penting, termasuk pelan strategik untuk tiga tunjang utama komuniti ASEAN dan pelan keterhubungan serantau.
Ikuti perbincangan menarik mengenai perihal ini dan yang terkait Persidangan ASEAN 2025 di Kuala Lumpur baru-baru ini, bersama Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Azmi Hassan. Episod ini dihoskan saudara Kamarul Bahrin Haron.